~ si cantik dan si kacak ~

Wednesday, September 11, 2013

Hidup & Mati

Untuk renungan bersama. Ingat lima perkara sebelum lima perkara.


Friday, September 6, 2013

Final Exam

Pejam celik, pejam celik, dah 11 minggu berlalu. Cepatnya lahai  masa berlalu.
Lagi 4 minggu je nak final exam. Seriously wani belum bersedia.
Sekarang dah semester 5. Da tak boleh main-main lagi dah.
Semester ni ada 6 kertas, tak macam semester sebelum ni, ada 4 je..
 Harap semuanya dipermudahkan. Amin..


Redha & Pasrah

Anda tahu perbezaan redha dengan pasrah?

Redha itu ikhlas
Pasrah itu berserah

Ya Allah, jika ini ketentuanMu, aku REDHA..


Tuesday, April 23, 2013

Tip Exam #2

Doa ibu..
Pentingnya sebelum hari exam tu korang minta la ibu/mak/mama/mummy/ummi korang doakan korang dapat jawab exam. Kalau boleh ayah korang sekalilah..


Wani memang selalu amalkan.. Wajib minta mak doakan agar wani boleh jawab exam. 
Alhamdulillah, wani boleh jawab. Doa ibu kan mustajab. :)
Amalkan la.. InsyaaAllah..


Monday, April 22, 2013

Hari Bumi Sedunia

Selamat menyambut Hari Bumi Sedunia!


Bersempena dengan warna major bumi, iaitu biru, hijau dan coklat, sokonglah hari bumi sedunia ini dengan memakai pakaian dengan tema warna tersebut.

Tema sambutan Hari Bumi Sedunia pada tahun ini adalah 'The Face of Climate Change' atau dalam Bahasa Malaysia 'Wajah-wajah Perubahan Iklim'




Friday, April 19, 2013

Tip Exam #1

" Baca. Baca dan bacaaaa.. Banyaknya nak baca.. Tapi tak masuk dalam kepala pun. Haihh~ "

Mesti korang pernah mengalami situasi ni kan? Termasuklah yg menaip entry ni ha.. Tension dibuatnya. Kat sini wani nak kongsi la salah satu tip wani study. Kalau nak ikut, dipersilakan.

Okay, pertama, korang mesti ada nota ringkas. Nota ringkas ni sebaiknya korang buat sejurus SELEPAS cikgu atau pensyarah korang habis ajar sesuatu topik tu. Senang kalau ada kuiz ke ujian ke. Tak payah nak bukak buku dah. Bukak je nota korang tu.

Kedua, kaedah nak bagi korang senang ingat. Masa baca tu, korang jangan baca dalam hati. Baca biar korang dengar apa yang korang baca tu. Baca kuat-kuat. Kalau boleh biar bagi kawan korang pun dengar. Tapi kalau macam mengganggu dia, tak payah la. Kang ada jugak benda yang melayang kat korang. Hehe~

Bila korang dengar apa yg korang baca, InsyaaAllah korang akan senang ingat. Ulangi sebanyak yang boleh. Kalau tak ingat jugak. Tulis banyak-banyak kali sikit nota korang tu. Paling sedikit, lima kali. Menulis secara berulang pun boleh membantu korang ingat.

InsyaaAllah. Wani cuma kongsi apa yg wani buat. Nak ikut boleh, tak nak ikut pun boleh.

All the best!



Thursday, March 7, 2013