~ si cantik dan si kacak ~

Friday, April 19, 2013

Tip Exam #1

" Baca. Baca dan bacaaaa.. Banyaknya nak baca.. Tapi tak masuk dalam kepala pun. Haihh~ "

Mesti korang pernah mengalami situasi ni kan? Termasuklah yg menaip entry ni ha.. Tension dibuatnya. Kat sini wani nak kongsi la salah satu tip wani study. Kalau nak ikut, dipersilakan.

Okay, pertama, korang mesti ada nota ringkas. Nota ringkas ni sebaiknya korang buat sejurus SELEPAS cikgu atau pensyarah korang habis ajar sesuatu topik tu. Senang kalau ada kuiz ke ujian ke. Tak payah nak bukak buku dah. Bukak je nota korang tu.

Kedua, kaedah nak bagi korang senang ingat. Masa baca tu, korang jangan baca dalam hati. Baca biar korang dengar apa yang korang baca tu. Baca kuat-kuat. Kalau boleh biar bagi kawan korang pun dengar. Tapi kalau macam mengganggu dia, tak payah la. Kang ada jugak benda yang melayang kat korang. Hehe~

Bila korang dengar apa yg korang baca, InsyaaAllah korang akan senang ingat. Ulangi sebanyak yang boleh. Kalau tak ingat jugak. Tulis banyak-banyak kali sikit nota korang tu. Paling sedikit, lima kali. Menulis secara berulang pun boleh membantu korang ingat.

InsyaaAllah. Wani cuma kongsi apa yg wani buat. Nak ikut boleh, tak nak ikut pun boleh.

All the best!



No comments:

Post a Comment