~ si cantik dan si kacak ~

Friday, December 21, 2012

# TIPS 2

Nak kurangkan berat badan?
Cuba cara ni.. 

1.
Tumbuk lima biji buah delima muda seterusnya campurkan ia dengan segelas air suam.
 Tambahkan sedikit garam dan tapis larutan tersebut.
 Minum air hasil dari tapisan tersebut dan amalkan kaedah ini setiap pagi agar berat badan anda dapat dikurangkan.

2.
 Kisar buah peria bersama secubit garam dan juga sedikit air.
Tapis dan simpan ia di dalam peti sejuk.
Minum setiap pagi dan dinasihatkan agar anda mengamalkannya selalu agar menampakkan hasil yang ketara pada berat badan anda.
3.
 Rendamkan tiga sudu besar teh cina ke dalam air.
 Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.
 Minum dua kali sehari sebelum sarapan pagi dan selepas makan malam iaitu sebelum tidur. 
Amalkan ia selalu agar berat badan anda semakin menurun.

4.
Ambil dua tangkai daun sup dan kisar bersama sebiji buah epal dan tiga ulas bawang putih.
Bancuh bahan kisar tadi dengan air suam dan minum dua kali sehari.
Dinasihatkan agar anda minum setiap hari agar berat badan anda dapat dikurangkan.

Selamat mencuba! :)




2 comments:

  1. Semoga tips ini akan menjadi manfaat kepada semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, semoga dapat membantu.. :)
      dan selalulah bersenam~!

      Delete