~ si cantik dan si kacak ~
Thursday, March 7, 2013
Wednesday, March 6, 2013
Superbike
Superbike.. Ada jugak yang menyebut motor berkelajuan tinggi, tak pun moto besaq.. Apa-apa pun, semua tu sama je lah. Sebutan dia je yang lain..
Motif wani tulis entry ni sebab sekarang wani suka sangatttttt dengan superbike ni. Ni semua gara-gara ada seorang budak poli wani ni.. Dia tu memang gila lah motor-motor besaq ni.
Ingatkan kawan wani ni je yg suka superbike ni. Rupanya ramai lagi.. Firdaus, Hanif, adik-adik wani, pak menakan, dan ramai lagi la.. Ha, cik abang wani pun suka jugak. Hehe~
Tambahan pulak wani selalu balik rumah/pergi poli ikut highway. Memang banyak la motor besar ni kan. Geram jugak tengok. Laju je diorang pergi.
Haritu saja la edit-edit gambar superbikes ni.. Jemputla tengok ye.. :)
Ni pulak gambar kawan-kawan wani yg minat superbikes..
firdaus
hanif
Ada lagi yang lain. Tapi diorang semua tak ada gambar dengan motor diorang. Lain kali je lah ye wani masukkan. :)
Budak gemok nak menyibuk.. Pin pin pinnnnn !!
* pinjam motor pak teh sat
Friday, December 21, 2012
# TIPS 2
Nak kurangkan berat badan?
Cuba cara ni..
1.
Tumbuk lima biji buah delima muda seterusnya campurkan ia dengan segelas air suam.
Tambahkan sedikit garam dan tapis larutan tersebut.
Minum air hasil dari tapisan tersebut dan amalkan kaedah ini setiap pagi agar berat badan anda dapat dikurangkan.
2.
Kisar buah peria bersama secubit garam dan juga sedikit air.
Tapis dan simpan ia di dalam peti sejuk.
Minum setiap pagi dan dinasihatkan agar anda mengamalkannya selalu agar menampakkan hasil yang ketara pada berat badan anda.
3.
Rendamkan tiga sudu besar teh cina ke dalam air.
Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.
Minum dua kali sehari sebelum sarapan pagi dan selepas makan malam iaitu sebelum tidur.
Amalkan ia selalu agar berat badan anda semakin menurun.
4.
Ambil dua tangkai daun sup dan kisar bersama sebiji buah epal dan tiga ulas bawang putih.
Bancuh bahan kisar tadi dengan air suam dan minum dua kali sehari.
Dinasihatkan agar anda minum setiap hari agar berat badan anda dapat dikurangkan.
Selamat mencuba! :)
Sunday, November 18, 2012
Saturday, November 17, 2012
# TIPS 1
TIPS MELEBATKAN RAMBUT
1. Ambil beberapa helai daun bunga raya.
2. Kemudian, ramas daun tersebut dan campurkan
dengan air. ( boleh juga menggunakan blender -
lagi senang J , tapi pastikan anda tidak menggunakan air
terlalu banyak )
3. Hasilnya, ia akan menjadi cecair hijau yang
berlendir.
4. Seterusnya, basahkan rambut anda. Ambil air daun
bunga raya tersebut dan lumurkan ke rambut anda.
5. Bungkus rambut anda. ( option: boleh menggunakan
shower cap atau tuala. Tak pun kalau anda tidak mempunyai shower cap atau takut
merosakkan tuala anda, guna je plastik tesco atau apa-apa plastik J )
6. Biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas rambut
anda dan bersyampu seperti biasa. Amalkan 2 kali dalam seminggu. Insyaallah,
rambut anda akan bertambah lebat dan cantik.
SELAMAT MENCUBA! J
Subscribe to:
Posts (Atom)














