~ si cantik dan si kacak ~

Thursday, March 1, 2012

Kursus Pengurusan Jenazah

Assalamualaikum..

Hari ini, permulaan hari bagi bulan Mac pada 2012.. Pejam celik, pejam celik kita tengok dah masuk bulan Mac.. Cepatkan masa berlalu?

Hari ini, di POLIMAS ada menganjurkan sebuah perogram ilmu, iaitu Kursus Pengurusan Jenazah. Pelajar yang terlibat ialah semua pelajar semester dua. Lebih kurang 1000 orang jugak la yang memenuhi Dewan Sri Mas pagi tadi. 

Penceramah ialah seorang imam besar dari Masjid Zahir, Alor Setar. Pelbagai ilmu yang bermanfaat disampaikan. Antaranya tanda-tanda seseorang itu hampir menemui ajal, apa yang waris perlu buat apabila kaum keluarga meninggal, cara-cara menguruskan jenazah, cara-cara memandikan jenazah, dan cara-cara mengafankan jenazah.

Walaupun cara yang disampaikan agak lucu, tapi pengisiannya amat bagus. Bukan senang nak pelajari ilmu ni.

# berharap segala ilmu yang disampaikan dapat dipraktikkan suatu hati nanti. Insyaallah~ <3

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali~ Semoga kita semua dapat menambahkan amalan yang baik~ :)


xoxo,
Meez Shaz

No comments:

Post a Comment