Assalamualaikum
Satu demi satu kursus dianjurkan oleh Unit Jabatan Pengajian Am
( JPA ) POLIMAS.
Jika semalam ada Kursus Pengurusan Jenazah, hari ini Kursus Pra Perkahwinan pula untuk pelajar-pelajar.
Hendak diikutkan, semua pelajar kelas saya diwajibkan untuk menghadiri kursus itu, tapi saya seorang sahaja dikecualikan.
Kenapa? Sebabnya saya sudahpun mengambil kursus tersebut. :D
Terkejut jugaklah classmates saya, mulalah diaorang bertanya soalan macam-macam.
' Hye,dah bertunang ke...? '
' Dah kahwin eh?? '
Kadang-kadang tu saya iakan saja. Dan telah tersebar ke beberapa kelas pun.
Haha.. Ikutlah. Lagi bagus kalau orang ingat yang saya ni dah berkahwin. :D
Hmm,kursus ini akan berlangsung selama dua hari, hari ini dan esok dari pukul 8 pagi sampai la 5 petang. Tapi tak tahu lah diaorang semua tu tengah kusyuk mendengar ke tengah tidur. O.o
Teringat lak time saya ambil kursus dulu.. Hari pertama,haihh,bukan main semangat lagi, duduk depan sekali. Tapi bila hari kedua, duduk dekat belah belakang. =='
Tersangatlah mengantok.
Tapi, insyaAllah, semua yang disampaikan masih saya ingat.
Syllabus Pendidikan Islam semester dua kat sini pun diajar benda yang sama jugak.
Tak pe lah, refresh balik~ :D
# berharap sangat saya dengan dia ada jodoh. :)
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment