~ si cantik dan si kacak ~

Thursday, October 28, 2010

Ape..ape...ape....

Blog ini belum dibuka untuk tontonan umum...

Terima Kasih

Hang0ut....!

Pada tanggal....aduhh..ni bkn subjek Sejarah... hmm.. smlm, 27/10/10 lepak2 with my sistas kt Central Square (kt ne ag)... b4 2,kit0wg g la tgk cite ' NASI LEMAK 50 SEN ' ...huh,agk b0wink la cite dye..saje wt iklan tnjuk part 2 cz nk tarik 0wg sur0 tgk..haishh..de skit je part yg 'agak' menggelikan hati..hmm..CUT!!!



CAKET ATI...jnji nk tgk cite 2 sme2..da de pr0b.. hmm.. xpela..maafkan jela..tp dye jnji nk dtg gk walaupan lewat! tggu pnye tggu pnye tggu,bulan x timbul2..ape da bulan..dye la x timbul..laz2,kite yang kena tnye dye,dye nk dtg ke x...dye ley ckp x jadi! eee! kl0 x jadi datang,xley gtau awl2 ke ha?? wat 0wg trtggu2 wat pe?? ingat x de keje len? - mencik! -

Kegiatan biasa selepas tgk wayang...----> intai-intai shawl..mmg mura2 shawl kt kedai ni..harga lam RM7 ke atas..mura an??

shawl oh shawl..

wuuu..i lurve shawl..

senang pake..xyah ir0n da..

Okeyh...pastu,singgah WATSONS jap..Daftar jadi ahli Watsons n dapat voucher RM200..berbaloi2kan.. * ini iklan tidak berbayar ye...


ok..ni la kad ahli aka PASSPORT..Passport..cam gempak je bunyi..haha~

voucher berjumlah RM200..erk...bkn gune sume pn..sape nak??

Pastu,g mam potato twist...umm..nyummy~


mam plak kt MC DONALDS..adoii..abg 2 dok usha pelik je..tp kitowg kesa hape..! haha~ n0w..dessert!! askem..askem.....askem....nak askem...!

wiwi~ hehe..

me n my kak ngah cyg... ^^

ke-chubby-an ku terserlah di situ..arghh!



'SUP GARAM' .. kikiki~

Menghadiri Temu Duga (Part V)

Penetapan gaji




     Isu penetapan gaji perkara yang penting. Namun, anda jangan bertanya mengenainya sehinggalah ditimbulkan oleh penemu duga. Sebgai persediaan, buatlah sedikit kajian dan analisis mengenai jumlah gaji bagi jawatan seumpama itu yang ditawarkan oleh organisasi lain di pasaran.

     Jika anda dipilih, penemu duga akan menawarkan sejumlah gaji permulaan kepada anda. Anda boleh berbincang untuk jumlah yang lebih munasabah berdasarkan analisis yang dilakukan jika tawaran itu agak rendah.


                                        *                                       *                                             *

                         
Penamat sesi temu duga




     Selapas tamat sesi temu duga, ucapkan terima kasih dan berilah senyuman ikhlas kepada penemu duga. Cuba dapatkan kad nama penemu duga untuk disimpan bagi memudahkan sebarang urusan rasmi selepas itu.

________________________________________

Harap tips di atas dapat membantu anda mengurangkan ke-nebes-an dan membantu anda menghadapi hari temu duga.. (=


yeahhh...dpat keje...wiwiwi~

Tuesday, October 26, 2010

Menghadiri Temu Duga (Part IV)

Kemahiran berkomunikasi


    Faktor kemahiran berkomunikasi turut diberi perhatian oleh penemu duga. Ketika ditemu duga, anda harus menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik di hadapan penemu duga. Ini kerana kemahiran berkomunikasi penting dalam pekerjaan anda kelak dan mampu mewujudkan perhubungan yang lebih berkesan dengan pekerja lain.

    Kemahiran berkomunikasi amat penting kerana kita menghabiskan kira-kira 80 peratus daripada masa sedar kita untuk berkomunikasi dengan orang lain. Oleh itu, anda harus memberi penekanan kepada faktor ini. Kemahiran ini boleh dibentuk seandainya anda selalu melatih tubi untuk berkomunikasi dengan lebih meyakinkan.



           *                                         *                                               *


Bertanya jika diberi peluang


    Terdapat penemu duga yang memberi peluang kepada calon untuk bertanya soalan. Jangan hanya tersenyum atau berkata 'tidak ada', sebaliknya ambil peluang itu. 

  Anda boleh bertanya kepada penemu duga, misalnya mengenai cabaran utama dan kesesuaian anda terhadap pekerjaan yang dipohon itu jika diberi peluang berbuat demikian. Atau kemukakan soalan seperti berapa ramai pekerja dalam organisasi selain jenis latihan atau progran disediakan untuk kakitangan baru.

   Selain itu, bertanyalah mengenai skop pekerjaan dan faedah yang diperoleh jika anda diterima bekerja. Anda juga boleh bertanya tempoh masa untuk mendapatkan keputusan temu duga itu. Iniasiatif itu menggambarkan anda seorang yang berminat mengetahui lebih banyak mengenai pekerjaan dan organisasi itu.


Menghadiri Temu Duga (Part III)

Hubungan mata

   Terdapat individu yang sukar untuk mengekalkan hubungan mata dengan orang lain terutama dengan mereka yang tidak dikenali. Dalam dunia perniagaan dan korporat hubungan mata sangat penting kerana ia menggambarkan tahap kepercayaan dan keyakinan.

     Hal ini perlu dipraktikkan ketika berhadapan dengan penemu duga. Jika sukar melakukannya, berlatih dengan rakan anda. Ketika bertutur dengan penemu duga, pandangan mata anda harus tepat dengan mereka. Jangan menundukkan kepala atau melihat ke atas atau pandangan anda berkeliaran ke merata tempat tanpa melihat tepat kepada penemu duga.

    Jika anda berasa malu dan memilih untuk menundukkan kepala apabila menjawab soalan mungkin anda tidak disenangi penemu duga, malah melambangkan bahawa anda kurang keyakinan diri.



  
     

Saturday, October 23, 2010

Menghadiri Temu Duga (Part II)

Percakapan perlu jelas



     Percakapan anda perlu jelas dan difahami oleh penemu duga. Sebutan yang jelas dan nada suara anda perlu kuat, tetapi tidak seperti orang yang sedang marah atau terjerit-jerit.


      Sekiranya suara anda tidak didengari penemu duga, pastinya anda perlu mengulangi jawapan anda beberapa kali. Kegugupan boleh memberi gangguan kepada nada suara anda. Ini menyebabkan jawapan yang diberikan itu tidak didengari penemu duga.




Friday, October 22, 2010

Menghadiri Temu Duga (Part I)

TEMU DUGA OH TEMU DUGA..


Nebeskah anda??? Here s0me tips 4 u all..





Menjawab dengan yakin

     Lazimnya penemu duga akan menyoal seperti: Sila ceritakan mengenai diri anda. Soalan sebegini bertujuan melihat bagaimana anda mempersembahkan diri, keyakinan dan cara berkomunikasi. Berdasarkan penjelasan itu, kemungkinan ada soalan seterusnya memerlukan anda memberitahu dengan lebih mendalam misalnya, pengalaman kerja atau latihan industri anda.

    Anda perlu menjawab dengan yakin, lancar dan tidak ragu-ragu. Jawapan harus disokong dengan fakta yang anda yakin akan kebenarannya, dengan tujuan menguatkan jawapan anda dan menyakinkan penemu duga. Jika tidak pasti jangan memberi jawapan 'err' , 'umm' dan sebagainya. Sebaliknya,ambil sedikit masa untik berfikir sebelum memberi jawapan.

     Anda perlu menjawab soalan dengan memberi pandangan dan buah fikiran sendiri.Penemu duga sangat menghargai jika anda memberi jawapan secara jujur. Jangan berasa bimbang jika jawapan atau idea anda kemukakan itu bertentangan dengan pandangan penemu duga. Apa yang penting ialah anda berani memberi idea atau pandangan mengenai sesuatu isu yang ditimbulkan dengan disokong oleh fakta bernas walaupun kelihatan tidak selari dengan pendapat penemu duga.

    Ada juga calon yang kelihatan terlalu yakin dan menjawab dengan begitu cepat walaupun penemu duga belum menamatkan soalannya. Ini menyebabkan jawapan yang diberikan itu tidak seperti yang dikehendaki oleh penemu duga.Dalam hal ini, kesabaran amat penting. Selain itu, janganlah memberi jawapan 'ya' atau 'tidak' sebaliknya jawab sedapat mungkin.



Sunday, October 3, 2010

Mungkinkah....?

Seperti ada yang tak kena
Di saat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa..

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu..

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak berasa
Perbezaannya...

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kitakan jatuh cinta
Mungkinkah...?

Mungkinkah.....
Kita akan bersama...
Mungkinkah.....??

MyEm0.Com