~ si cantik dan si kacak ~

Tuesday, October 26, 2010

Menghadiri Temu Duga (Part III)

Hubungan mata

   Terdapat individu yang sukar untuk mengekalkan hubungan mata dengan orang lain terutama dengan mereka yang tidak dikenali. Dalam dunia perniagaan dan korporat hubungan mata sangat penting kerana ia menggambarkan tahap kepercayaan dan keyakinan.

     Hal ini perlu dipraktikkan ketika berhadapan dengan penemu duga. Jika sukar melakukannya, berlatih dengan rakan anda. Ketika bertutur dengan penemu duga, pandangan mata anda harus tepat dengan mereka. Jangan menundukkan kepala atau melihat ke atas atau pandangan anda berkeliaran ke merata tempat tanpa melihat tepat kepada penemu duga.

    Jika anda berasa malu dan memilih untuk menundukkan kepala apabila menjawab soalan mungkin anda tidak disenangi penemu duga, malah melambangkan bahawa anda kurang keyakinan diri.



  
     

No comments:

Post a Comment