Nebeskah anda??? Here s0me tips 4 u all..
Menjawab dengan yakin
Lazimnya penemu duga akan menyoal seperti: Sila ceritakan mengenai diri anda. Soalan sebegini bertujuan melihat bagaimana anda mempersembahkan diri, keyakinan dan cara berkomunikasi. Berdasarkan penjelasan itu, kemungkinan ada soalan seterusnya memerlukan anda memberitahu dengan lebih mendalam misalnya, pengalaman kerja atau latihan industri anda.
Anda perlu menjawab dengan yakin, lancar dan tidak ragu-ragu. Jawapan harus disokong dengan fakta yang anda yakin akan kebenarannya, dengan tujuan menguatkan jawapan anda dan menyakinkan penemu duga. Jika tidak pasti jangan memberi jawapan 'err' , 'umm' dan sebagainya. Sebaliknya,ambil sedikit masa untik berfikir sebelum memberi jawapan.
Anda perlu menjawab soalan dengan memberi pandangan dan buah fikiran sendiri.Penemu duga sangat menghargai jika anda memberi jawapan secara jujur. Jangan berasa bimbang jika jawapan atau idea anda kemukakan itu bertentangan dengan pandangan penemu duga. Apa yang penting ialah anda berani memberi idea atau pandangan mengenai sesuatu isu yang ditimbulkan dengan disokong oleh fakta bernas walaupun kelihatan tidak selari dengan pendapat penemu duga.
Ada juga calon yang kelihatan terlalu yakin dan menjawab dengan begitu cepat walaupun penemu duga belum menamatkan soalannya. Ini menyebabkan jawapan yang diberikan itu tidak seperti yang dikehendaki oleh penemu duga.Dalam hal ini, kesabaran amat penting. Selain itu, janganlah memberi jawapan 'ya' atau 'tidak' sebaliknya jawab sedapat mungkin.
No comments:
Post a Comment