~ si cantik dan si kacak ~

Tuesday, October 26, 2010

Menghadiri Temu Duga (Part IV)

Kemahiran berkomunikasi


    Faktor kemahiran berkomunikasi turut diberi perhatian oleh penemu duga. Ketika ditemu duga, anda harus menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik di hadapan penemu duga. Ini kerana kemahiran berkomunikasi penting dalam pekerjaan anda kelak dan mampu mewujudkan perhubungan yang lebih berkesan dengan pekerja lain.

    Kemahiran berkomunikasi amat penting kerana kita menghabiskan kira-kira 80 peratus daripada masa sedar kita untuk berkomunikasi dengan orang lain. Oleh itu, anda harus memberi penekanan kepada faktor ini. Kemahiran ini boleh dibentuk seandainya anda selalu melatih tubi untuk berkomunikasi dengan lebih meyakinkan.



           *                                         *                                               *


Bertanya jika diberi peluang


    Terdapat penemu duga yang memberi peluang kepada calon untuk bertanya soalan. Jangan hanya tersenyum atau berkata 'tidak ada', sebaliknya ambil peluang itu. 

  Anda boleh bertanya kepada penemu duga, misalnya mengenai cabaran utama dan kesesuaian anda terhadap pekerjaan yang dipohon itu jika diberi peluang berbuat demikian. Atau kemukakan soalan seperti berapa ramai pekerja dalam organisasi selain jenis latihan atau progran disediakan untuk kakitangan baru.

   Selain itu, bertanyalah mengenai skop pekerjaan dan faedah yang diperoleh jika anda diterima bekerja. Anda juga boleh bertanya tempoh masa untuk mendapatkan keputusan temu duga itu. Iniasiatif itu menggambarkan anda seorang yang berminat mengetahui lebih banyak mengenai pekerjaan dan organisasi itu.


No comments:

Post a Comment